Pemilihan Warna Dalam Solekan

Pemilihan Warna Dalam Solekan

Adakalanya anda keliru untuk memilih dan memadankan warna-warna eyeshadow, blusher dan lipstick dalam make up anda. Kadangkala anda hanya menggunakan warna-warna yang selamat kerana risau warna-waran yang dipilih tidak padan dan tidak sesuai.

Sedikit info mengenai asas pemilihan warna.

Kumpulan warna dalam solekan terbahagi kepada 3 iaitu:

  • Kumpulan warna sejuk ( Pink, Purple, kelabu & Biru )
  • Kumpulan warna Panas ( Merah, Oren, Hijau & Kuning )
  • Kumpulan warna semulajadi ( Hitam, Putih, Gold & Brown )

 

Preparation Before Make up

Preparation Before Make up

Persediaan wajah sebelum make up amat penting.

Ikuti langkah mudah ini:

  1. Bersihkan wajah anda dengan pencuci wajah yang sesuai. Jika anda berkulit kering, elakkan menggunakan pencuci yang berbuih. Guna pencuci jenis cream kerana ia mengelakkan kulit menjadi lagi kering dan mengelupas. Jika anda kulit berminyak, gunakan pencuci jenis foam/ berbuih agar segala lebihan minyak dapat dibersihkan.
  2. Gunakan Toner selepas membersihkan wajah agar segala pori dapat ditutup.
  3. Apply Serum/ pelembap wajah agar wajah anda tidak kering. buat urutan lembut pada wajah. Urutan juga membantu mengurangkan garis halus dan membentuk wajah secara semulajadi jika anda konsisten.
  4. Pilih Make up base/ primer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kesilapan memilih make up base/ primer turut menjejaskan hasil make up anda. jadi untuk lebih info mengenainya, anda perlu sertai kelas solekan yang diadakan Klik link ini untuk info tarikh terkini.

www.wasap.my/60105436757

atau join group whatsapp support 

 

 

Face Contouring

PEMBENTUKAN WAJAH DENGAN TEKNIK ‘SHADING & HIGHLIGHTER’

  • Pembentukan wajah agar Nampak lebih sempurna dan menyerlah dengan teknik pembentukan yang betul. Muka yang bulat, lebar dan bersegi akan nampak ideal dan cantik.
  • Sapuan pembayang penting di dalam solekan tanpa pembayang akan solekan akan nampak kurang sempurna dan berseri.
  • Pemilihan warna pembayang juga penting di dalam teknik pembentukan wajah pada bahagian yang tertentu.
  • Tona bedak asas yang paling cerah di letakkan di bahagian atas tulang pipi, atas batang hidung, dagu, garisan bibir dan dahi.
  • Warna bedak asas yang paling gelap di letakkan di bahagian kanan dan kiri rahang muka, sisi tulang hidung, pangkal anak-anak rambut(jika tidak bertudung), dagu jika memiliki dagu berlapis, kendur, atau dagu panjang.
  • Menggunakan ‘Triangle Sponge / Beauty Blender’ tadi dap dap di bahagian ‘highlight’ dan shading contouring supaya tidak nampak terlalu bergaris dan kontra.

Teknik Solekan Asas

SOLEKAN NATURAL

Cara-cara asas solekan natural yang sempurna:

  1. Basuh wajah dengan pencuci agar kulit bersih dari sebarang kotoran dan sisa make up.
  2. Sapukan wajah dengan krim pelembap muka atau toner agar kulit tidak kering.
  3. Gunakan sedikit make up base agar solekan tahan lama, sapu di T Zone dan dagu atau seluruh wajah jika kulit berminyak dan dap dapkan kering, biarkan seketika.
  4. Bedak asas mestilah disapu sedikit demi sedikit. Cara yang terbaik adalah degan sanpuan secara lapisan demi    lapisan. Jika menggunakan bedak asas cecair, gunakan yang tidak berminyak dan tahan 24hrs, pilihlah warna  yang sesuai dengan tona kulit anda.
  5. Selepas menyapu bedak asas, balas sapuan tadi dengan bedak debu atau pun bedak padat. Sapukan perlahan dengan menggunakan Loose powder Brush.
  6. Pilih color eyeshadow yang sesuai. Apply color base eyeshadow seperti warna light brown@cream color di seluruh kelopak halfmoon mata , letakkan sedikit dark brown di bahagian hujung matabentuk V shape.
  7. Sapuan penggaris mata yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural. Untuk nampak lembih garang atau berani bolehlah dioleskan secara keseluruh keliling mata. Boleh gunakan mana-mana jenis eyebrow pensil.
  8. Oleskan bulu mata dengan maskara secara ‘zig zag’,  biarkan seketika dan barulah kita kepitkan bulu mata dengan pengepit bulu mata.
  9. Cara terbaik menentukan warna pemerah pipi yang sesuai, cuba lihat warna pipi selepas penat bersenam. Gunakan berus shading untuk membentuk pipi agar nampak lebih menyerlah.
  10. Sapuan gincu pada bahagian hujung bibir perlulah lebih tebal kerana bahagian ini lebih mudah hilang warnanya. Jika bentuk bibir anda sukar untuk dibentuk, anda boleh bentukkan bibir anda dengan menggunakan pensil bibir(lipliner) terlebih dahulu, kemudian oleskan baru sapukan lipstik.
  11. Akhir sekali, gunakan eyebrow pencil untuk membentuk kening.