Teknik Solekan Asas

SOLEKAN NATURAL

Cara-cara asas solekan natural yang sempurna:

  1. Basuh wajah dengan pencuci agar kulit bersih dari sebarang kotoran dan sisa make up.
  2. Sapukan wajah dengan krim pelembap muka atau toner agar kulit tidak kering.
  3. Gunakan sedikit make up base agar solekan tahan lama, sapu di T Zone dan dagu atau seluruh wajah jika kulit berminyak dan dap dapkan kering, biarkan seketika.
  4. Bedak asas mestilah disapu sedikit demi sedikit. Cara yang terbaik adalah degan sanpuan secara lapisan demi    lapisan. Jika menggunakan bedak asas cecair, gunakan yang tidak berminyak dan tahan 24hrs, pilihlah warna  yang sesuai dengan tona kulit anda.
  5. Selepas menyapu bedak asas, balas sapuan tadi dengan bedak debu atau pun bedak padat. Sapukan perlahan dengan menggunakan Loose powder Brush.
  6. Pilih color eyeshadow yang sesuai. Apply color base eyeshadow seperti warna light brown@cream color di seluruh kelopak halfmoon mata , letakkan sedikit dark brown di bahagian hujung matabentuk V shape.
  7. Sapuan penggaris mata yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural. Untuk nampak lembih garang atau berani bolehlah dioleskan secara keseluruh keliling mata. Boleh gunakan mana-mana jenis eyebrow pensil.
  8. Oleskan bulu mata dengan maskara secara ‘zig zag’,  biarkan seketika dan barulah kita kepitkan bulu mata dengan pengepit bulu mata.
  9. Cara terbaik menentukan warna pemerah pipi yang sesuai, cuba lihat warna pipi selepas penat bersenam. Gunakan berus shading untuk membentuk pipi agar nampak lebih menyerlah.
  10. Sapuan gincu pada bahagian hujung bibir perlulah lebih tebal kerana bahagian ini lebih mudah hilang warnanya. Jika bentuk bibir anda sukar untuk dibentuk, anda boleh bentukkan bibir anda dengan menggunakan pensil bibir(lipliner) terlebih dahulu, kemudian oleskan baru sapukan lipstik.
  11. Akhir sekali, gunakan eyebrow pencil untuk membentuk kening.